Rabu, 26 November 2014

Ternyata Sidharta Buddha Gautama adalah seorang muslim

Alhamdulillah, ternyata Sidharta Buddha
Gautama adalah seorang muslim, mari kita
telaah bukti-buktinya:


1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu
scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni)
yang dikenal sebagai guru suci bagi umat
Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli as, yg
dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yg
mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi,
dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli
sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”.
Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut
Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk
Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
2. Buddha Maitreya yang dikenal dalam
agama Buddha sebagai “Buddha yang akan
datang” menurut beberapa analisa tidak lain
adalah Nabi Muhammad saw. Dalam kitab
Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa
ditemui: “There will arise in the world a
Buddha named Maitreya (the benevolent one)
a holy one, a supreme one, an enlightened
one, endowed with wisdom in conduct,
auspicious, knowing the universe“.
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI?
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan
amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri
itu sudah lanjut usia dan ingin
mengundurkan diri daripada menjadi
pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai
anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak
ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara
kamu yang sanggup berpuasa pada waktu
siang dan beribadah pada waktu malam.
Selain itu, sentiasa bersabar ketika
menghadapi urusan, maka akan aku serahkan
kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja
itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah antara
kamu yang sanggup berpuasa pada waktu
siang dan beribadah pada malamnya serta
sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang
lantang menyatakan kesanggupannya.
Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar
melaksanakan amanah itu beliau diberi
gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar
seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang
sabar dan Kami beri rahmat kepada semua
karena mereka orang yang suka bersabar.”
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA?
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623
S.M.), lahirlah seorang yang bernama
Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/
Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil
@ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan
putera kepada Raja Suddhodana dan
Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana
dari keturunan suku kaum Sakyas, dari
keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas
berdekatan negeri Nepal. Manakala
Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri
kepada Raja Anjana yang memerintah kaum
Koliya di bandar Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri
bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke
sebuah gunung yang tinggi. Kemudian,
permaisuri melihat seekor gajah putih yang
cantik. Pada belalai gajah itu terdapat
sekuntum bunga teratai. Gajah
mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke
dalam perut permaisuri.
MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha
bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau
‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala
istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’.
Gautama Buddha pernah menceritakan
kedatangan seorang Antim Buddha.
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’
dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang
terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan
ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan
Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama
Buddha, beliau memberitahu perkara ini
kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal
dari kata naba yang berarti “dari tempat
yang tinggi” ; karena itu orang ‘yang di
tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang
jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim
dengan kata Buddha sebagaimana yang
difahami oleh para penganut Buddha.
Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan
sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh
Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan
yang tinggi menggunung”.
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal
Buddha atau bakal mencapai Pencerahan)
pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama
Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan,
Permaisuri Maha Maya mangkat selepas
tujuh hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disadari
secara ghaib oleh seorang tua yang sedang
bertapa di kaki gunung Himalaya yang
digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala
Devala). Asita bergegas ke istana pada
keesokannya untuk melihat dan menilik
putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama
dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta
bakal menjadi Manusia Agung dan Guru
Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e.
Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan
Buddha ialah tidak dapat bedakan antara Jin
dan Malaikat yang keduanya dipanggil
DEWA-DEWA).
Asita menangis karena sedih tidak sempat
mendengar ucapan dan pengajaran Buddha
di masa akan datang, beliau kemudian
berlutut tunduk hormat kepada bayi
Bodhisatta.
Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta
hanya akan menjadi salah satu dari dua
yaitu sekiranya ia kekal membesar dalam
istana dia akan menjadi Maharaja Agung
manakala kalau dia berjaya lari dari istana
maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan
pada hari kelima selepas Boddhisatta
dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang
bijaksana memutuskan nama yang sesuai
untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA
GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita
Terkabul’.
Siddhartha kemudian membesar di istana dan
belajar kepada seorang guru istana bernama
Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar
biasa pintar dan mahir dengan ilmu
ketenteraan. Yang menjadi keheranan kepada
orang disekeliling dan gurunya ialah sifat
Siddharta yang sensitif terhadap
penganiayaan hingga tidak ada seorang pun
yang beliau lihat menganiaya binatang
kecuali mencegahnya serta merta.
Malah beliau sangat bersedih melihat para
petani berkerja keras membajak tanah
dibawah terik matahari menyebabkannya lari
ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-Bodhi)
dan duduk di sana secara bertafakur
(samadhi) untuk membuang stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN
SIDDARTHA GAUTAMA
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan,
benarkah Buddha itu disebut dalam Al-
Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata
“Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut
Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat
catatan para sejarawan dan peneliti yang
mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan
Sang Buddha, yaitu pada maksud ayat;
“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun,
dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah)
ini yang aman, sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan
dia ke tempat yang serendah-rendahnya
(neraka), kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal saleh; maka bagi
mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
Maka apakah yang menyebabkan kamu
mendustakan (hari) pembalasan sesudah
(adanya keterangan-keterangan) itu?
Bukankah Allah Hakim yang seadil-
adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun
melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus,
Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa
a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula
menunjukkan Islam dan Muhammad SAW.
Manakala pohon Tin (fig) pula
melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha
mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi
di dalam tafsirnya berpendapat bahawa
sumpah Allah SWT dengan buah tin yang
dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof.
Hamidullah juga berpendapat sama dengan
al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon
(buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini
menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari
sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam
meyakini bahawa Buddha telah diakui
sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang
sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam
bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan
Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh
wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha
adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang
berasal dari Kifl” . Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli
disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan
Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk
orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21:
85).
“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan
Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk
orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 :
48).
KESIMPULAN
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari
Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran
Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang
mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad
seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut
menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-
Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah
antara nabi yang mempunyai cerita yang
paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin
menjadi faktor kepada sebahagian ulama’
menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-
Qur’an dengan Buddha yang secara
kebetulan banyak persamaan sekiranya
disuaikan.
Yang menarik perhatian saya ialah mengenai
surah at-tin (the fig). Allah berfirman
mengenai pokok/buah tin, pokok/buah
zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah
dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit
Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi
Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan
buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama
Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut
istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk
bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang
Buddhist, dia dapat ilham masa duduk
bawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman : “Wattiini wazaitun.
watuurisinina wahazal baladil amin.”
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Tiin
(Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s),
Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan Baladil
amin -Tanah yang aman dan selamat
(Mekah)- Nabi Muhammad saw. ia ikut
urutan, hebatnya Qur’an sebagai kalimat
Tuhan susunan sejarah riwayat Nabi-Nya.
Mari kita sama-sama fikirkan. HANYA ALLAH
YANG MAHA MENGETAHUI.


sumber dari sini 

0 komentar:

Posting Komentar